07 August 2011


‘Erti persahabatan’-Itu yang sedang bermain dalam kantung pemikiranku sejak dari tadi,seawal pagi, dalam mencari idea untuk entriku kali ini.Orang kata “Kita adalah dengan siapa kita bersahabat”.Satu ungkapan yang jika diberi tafsiran kasar tidak memberi impak yang besar tetapi jika ditafsir dengan kias dan secara mendalam mampu memberi satu terjemahan yang menyeluruh tentang perjalanan kehidupan kita yang bergelar insan dan saling memerlukan.

Sahabat adalah antara pengaruh terbesar dalam mencorakkan diri kita. Kitar hidup kita berputar di sekeliling mereka.Kesalahan dalam memilih sahabat mampu merosakkan dan memporak-perandakan hidup. Ini jelas terbukti dengan kebejatan moral muda-mudi masa kini yang bergaul bebas dengan sahabat-sahabat yang ‘tidak sihat’. Ini semua bertitik tolak dari salahnya memilih sahabat.

Bagiku,asas utama persahabatan harus bersendikan keikhlasan dan kejujuran,bukan berpaksikan duit,harta,pangkat dan nama semata-mata,namun itulah hakikatnya kita pada zaman ini,zaman sukar untuk mencari yang benar-benar benar,kerana kita sering dikelirukan dengan kepalsuan pada topeng kepura-puraan.

Ramai yang bertanya mengapa aku nampaknya seperti kurang sahabat dan jika ada sekalipun tiada yang benar-benar rapat,lazimnya hanya berbasa basi bertanya khabar berita dan perkembangan semasa.Jawapanku:Aku berkawan dengan semua.Aku tidak memusuhi sesiapa.Aku dididik untuk menghormati semua dan tidak mengecilkan sesiapa.Kualiti sentiasa mengatasi kuantiti.Jika ditanya berapa ramai sahabat kita,hampir pasti jawapan spontan“Ramai” akan terpacul pada bibir,namun jika ditanya soalan yang sama sekali lagi dalam intonasi berbeda yang lebih serius,waktu itu kita akan mula berfikir,mengira dan percayalah,yang “Ramai” itu akan jadi “Tidak Ramai” sebenarnya.


No comments: