23 June 2011

Pheww what a tired day.

Setelah sekian lama makan tidur belajar makan tidur belajar tadi baru lah merasa semula penat lelah berlari. 100m final, tapi kalah huahuahua. Tu lah padahnya.

Tahniah kepada yang menang yang kalah jom sambung tidur lagi. Penat-penat je lari :p

And tadi Md Alimuddin & Haton Harisun datang ke stadium untuk menyaksikan anak-anak mereka membazirkan masa dengan berlari. Walaupun dahulu kalanya Haton Harisun merupakan atlet kebanggaan sekolahnya, beliau kadang-kadang tidak menyokong jika anak-anaknya menyertai larian atau apa-apa saja yang mewakili sekolah untuk blablabla. The fact!

Sorry bah! Gambar terpotong kepala sikit >.<

Ps: Md Alimuddin ada memberikan komen kepada Muzaffar tadi. He said, haa tuu boleh masuk tentera. Badan dia tough. Hikhik.

18 June 2011

Alhamdulillah Ahamdulillah Alhamdulillah.

Selesai sudah Mid-Year Exam. Coming soon, Trial PMR and PMR!
Syukur sangat-sangat dengan result yang aku dapat. Even though aku tak target pun nak dapat macam ni, tapi alhamdulillah :D

Segala kesusahan keperitan aku jawab time exam tu, Allah je yang tau. Kau tau? Tak lah tu. Time exam hari tu aku bocokk ye. Sungguh memalukan. Habis satu baju belakang kena. Thanks to my beloved friends yang ada dan sentiasa menolong aku tak kira senang atau susah >.<

Semalam selesai dapat semua result for all 9 subjects yg aku ambik. Pheww. Cukup-cukup makan pun jadilah ye.

Sebelum bukak sekolah, iaitu hari last cuti. Ahad lah kan? kuang3. Aku dapat mimpi sebenarnya. Mimpi tu pelik. Aku mimpi bulan mengambang penuh and really nice memandangkan malam-malam pun aku selalu menjenguk ke luar tingkap melihat bintang-bintang di sebalik malam. Tapi mimpi aku tu mcm takde bintang, ada bulan mengambang.


So, dengan rajinnya meng-search di google, and I found this.
"Mimpi tentang bulan memiliki banyak arti. Sebagai contoh, apabila kita bermimpi melihat bulan purnama, maka usaha atau pekerjaan berjalan dengan baik dan kita dikasihi orang agung."

Alhamdulillah. Kiranya segala usaha aku ok lah ye :p

01 June 2011


Bismillahirahmanirahim..

Haaa kau terkejut baca bismilah? Bukan apa, hari ni ada beberapa pertikaian sedikit mengenai makanan yang diragui status halalnya. Tapi aku tak. Selagi aku yakin, aku makan. And aku akan buktikan!

So begini ceritanya.. Tadi time break, singgah pergi 7-E. Aini nak belanja. Tak tau nak beli apa. Then aku ni dah lama tak makan Chipster, so aku dgn Sab dan dan Jiqa dan Hidayah membuat keputusan nak beli Chipster tu. Maklumlah. Sedap nikmat rasanya. Lebih-lebih lagi perisa hot & spicy <3


Tiba-tiba Hidayah kata, Adriana tak bagi makan Chipster tu. Aku pelik. Why???? Sedangkan, terang-terang tertulis logo halal yang disahkan oleh Jakim sendiri. And tu kan produk Malaysia??? Kenapa nak ikut sangat kod kod apa tu? Ok, aku tak salahkan kod tu, ikut korang lah nak percaya atau tak, aku tak menafikan benda tu. 

Memang betul certain kod tu boleh pakai, but not in Malaysia products I think. Dan mmg certain kod tu ada yg halal ada yang boleh jadi haram. Contoh:

E312, Dodecyl Gallate. Digunakan sebagai antioxidant (cooking oil).
  • Halal if saturated fatty acid, palmitic acid, is obtained from plant
  • Haram if palmitic acid is obtained from pork fat
Sumber: Halal Haram: A Guide 

Okay seeeeeeeeeeeeeee! Tak semestinya kod tu betul-betul haram rite? Bagi aku, kalau dah ada cop Jakim tu, insyaAllah HALAL. Tak puas hati lagi? Ok, tadi aku dah search kat JAKIM. Kau nak tau tak?


Seeeeeeeeeeeeeeeeee! Tak percaya lagi? Kau search lah sendiri :p

This is for twisties status
And cadbury status.


Bukan niat aku nak jatuhkan sesiapa pasal benda ni. Cuma manusia. Wujud kan perasaan tak puas hati? So, aku pun memang tak puas hati, kenapa nak pertikaikan pulak halal haram Chipster ni? Tapi memang terang-terang halal, disahkan oleh Jakim sendiri, tak kan Jakim nak tipu pulak? Ok, sekarang aku rasa macam dah menang. Betul tak Sab? Haha ok tak. Ini cuma lah kebenaran yang ingin aku kongsikan bersama-sama dengan korang. Harap semua faham dan akan berhati-hati dengan makanan yang korang makan tu.

Yang paling penting! Kalau korang was-was lebih baik jangan beli or makan. Kes aku ni, aku yakin gile gile gile!!!!! Ok tu je. Penat lah menaip.

Assalamualaikum...