22 December 2011

PMR lah

Assalamualaikum semuaaaaaaaaaaaaa!


Alhamdulillah alhamdulillah selesai sudah. Coming soon SPM 2013.
Tahniah juga kepada anda anda semua yang berjayaaa.
Yang kurang berjaya, banyak lagi peluang *cewah padahal baru PMR

Pada aku, yang penting jangan mudah putus asa :)
Good luck to next year candidates pulak. Especially Munira Khalid, Fatin Suhanna and Masyitah Nasaruddin. Hahaha ok teruskan tidur bye

26 November 2011

BukuBaruuu

Assalamualaikum. Aku tiada cerita yang menarik. Apa-apa pun. Salam Maal Hijrah. Buka buku baru tutup buku lama. Semoga hidup kita semua akan lebih penuh dengan amal ibadat kepada-Nya. Amin.

*Gambar sesat.

Cari aku. Dah jumpa? Hebat hahaa. Muka blur. Time ni kat kem. Tadi ada awek kem yg comel chat dengan aku. Teringat pulak kem. Curi lah gambar ni kat album kakak senior S7 :S

Belakang aku tu nama dia Hani. Rindu kau wehhhhhh. Dah lah muka mcm Wawa. Tinggi pun serupa jeee. Hm yang lain tu... Lupa lah nama zzz bye.

21 November 2011

SabSab

Hai. I got another tag from Sabby. Aku just copy paste soalan je lah eh sebab pernah buat sebelum ni.

11 SOALAN DARIPADA SABGHINA

1. Apakah makanan dan minuman yang menjadi kegemaran anda?
Suka makan kuey teow. Char kuey teow. Kuey teow sup semua aku bedal. Minum apa-apa je pun boleh.


2. Status muka buku awak ape? *jujur ye
Err. Apa maksud soalan ni? Hahaa. Try lah jawab eh.  It's complicated. Kalau jawapan ni takde kena mengena dgn soalan sorry hahaa tak faham -_-


3. Pada pendapat anda, saya nie jenis yang macam mana?
Sabrina eh. Kadang-kadang baik dan kadang-kadang mcm orang gila hahaa tapi gila gila pun pemalu jugak orangnyaaa.


4. Warna kegemaran anda?
Semua warna aku suka.


5. Tarikh lahir? Tempat lahir?
15 Januari 1996. Hosp Jitra, Kedah.


6. Selalu pergi shopping, bawak apa? Bagi 3 yee
Duit lah yg pasti. Kad pengenalan. Telefon bimbit.... yg rosak tp buat buat boleh pakai -_-


7. Lalala ~ suka menyanyi takk? Lagu apa je?
Suka. Jar of hearts. I know I cant take one more step.... towards you. So all thats waiting is regret... *Haa sambung sambung


8. Suka orang yang merokok or tak merokok?
Orang yg tak merokok. Bazir duit je beli rokok.


9. Bila kita nak jumpa nie? haha..   
Ahah time ambik result ahhh apa lagi.


10. Suka JB ke GC? or GCB, great chicken burger? haha
Suka lagu diorang je. Tapi suka FT. GCB pun boleh...


11. Tak rasa buang masa ke baca mende nie? bosan je I tengok XD
Agak ah. Dah lah tak mandi lagi time tgh buat ni. Buat rasa nak sambung tido je. Tapi takpaaaa. Demi Sabrina akan aku buat jugak -_-


Ok done. Cuti sekolah memang bosan pun. Nanti nak tengok Ombak Rindu ah. Siapa mahu ikuuuuuuut? Sebelum tu kena tunggu Aku Bukan Tomboy keluar kat Youtube wahahahaa cepat lah keluar -_-

20 November 2011

Cerita Lama

Hai. Assalamualaikum.

Hari tu aku pergi PPAS kat Shah Alam. PPAS tu library ehh kepada yg tak tau. Aku pergi hari Jumaat lepas. Hari yg sepatutnya aku dan adik2 kena ikut mak & ayah aku ambik duit RM100 kat sekolah yg indah tu. Tapi melepehhh. Pagi-pagi dah gerak Shah Alam, mana sempat nak ambik duit nyah oiii. Balik pun lepas zohor sbb perginya dan baliknya dengan gf abang aku :p

Aku pergi sana dengan sebab amat lah bosan dekat rumah dengan unifi yg tunggu orang repair tak datang datang. Online asyik pakai broadband je zzzz. Kat sana teman lah adik-adik aku yg terlalu teruja untuk datang library yg pehhh besar beb. Canggih pun canggih. Lepas tu tak lah crowded sangat, best lah.


Jangan lupa tengok gambar syok sendiri Eli kat blog dia haha.


Aku yang kena bayar. Tapi murah bebb. RM1 je sejam!


Meet Ibnu Sina at there lol o.o


Tak best pun buku ni. Aku just pegang pegang je -_-



This is Eli :S


This is Hani!


And this is ME lololol -_-


Dari tadi pegang handphone haha

05 November 2011

Seasons Come & Go~



Hai. Cuti dah mula. Enjoy time ahhh. Tapi terpaksaaaa berdebar menunggu result PMR. Terpaksa an -.- Hmmm. 7A? 8A? 9A???????????

Tunggu je lah. Result keluar 27 Disember eh? atau 23? 24? 25? 26?  Aku pun tak tauuuuu.

Getting to form4. OhMaiii. Aku ambik aliran sastera, kelas IK1. Tapi rasa macam nak tukar aliran sains pulak. Masuk Sains1. Tapi tapi tapi....... Ahhh keliru nyaaaa memikirkan masa hadapan ni -__-

Apa-apa pun. Tengok lah dulu result macam mana..... Nak jadi apa bila dah besar nanti pun tak tauuu. Eitt of course lah nak jadi orang yg berguna. 

Btw, kenapa ehh soalan KHB Perdagangan hari tu susah bangetttt? Mau lepas cita-cita aku nak jadi akauntan. Nak tukar lah. Ahli forensik. Ahli forensik. Ahli forensik :) Tapi nak jadi tu bukan senang sihhh. Kena ada kelayakan doktor dulu. Betul tak? Hahahaa memandai je.

Em. Senang senang jadi artis. Huahuahua kejar glamour macam sakai je. Tak best ah tengok Ghojita Chey Warn semalam. Allieyy pun sama. Macam apa jeee. Boring boring boring. *Bored entry too.

03 November 2011

Contest Gambar Cool




Cuba cuba je. Huahuahua. Gambar time aku makan malam dengan rakan sekelas Adriana Omar dan tut tut. The picture was taken at Klang hehe. Jauh nya aku berjalan dari Serdang :)

30 October 2011

Nynaaaaa

RULES *I broke the rule :p
1. You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new question for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged him/her.
6. No tag back! Remember that okayh?!
7. No stuff in the tagging section about "you are tagged if you are reading this" You legitimately (a.k.a really, trust with all honestly) have tagged 11 peoples.

11 THINGS ABOUT ME

1. Err nama penuh Nur Hanisa binti Md Alimuddin. *Kenapa ada err tu?
2. Tinggal di rumah yg terletak di Taman Sri Serdang.
3. Suka suka sukaaaaa gilaaaaaaaaaaa main game. Especially game bola.
4. Got a lot of friends but a few of true friends.
5. Addict gilaaa dengan CSI. NCIS pun layan gakkk.
6. Menyampah gila dengan orang yang guna bahasa rempit.
7. Tak suka tengok cerita hantu. Opsss.
8. Aku tak minat gitar. Dan tak reti main gitar.
9. Penyokong setia Liverpool. Liverpool always bebb.
10. Bercita-cita hendak menjadi seorang akauntan tapi akhir akhir ni teringin nak jadi polis pulak :p ahli forensik pun ok huahua. Gila terpengaruh dgn CSI.
11. Nak sangat sangattttttt Sony PSP :)

QUESTIONS FROM NYNA

1 - Apa kauorang rasa pasal Nyna? Haaa. Haaa
Nyna? Baik. Comel. Peramah. A true friend :D

2 - Eh, berapa lama dah kita kawan eh? Eh, bila kita kenal?
Pehhh. Since tadika bebb. Almost 10 years o.O

3 - Nyna ni sombong ehhhhhhh?
Mana ada. Terlebih peramah :D

4 - Suka buat apa eh kalau online?
Main game. Stalk sana sini sikit.

5 - Movie da bomb kauorang rasa?
Em. IDK*this is not a movie. Lagenda Budak Setan maybe?

6 - Pendapat anda tentang Malaysia pada hari ini ;)
Oh freaking hot dude. Sometimes freaking cold huahuahua.

7 - Apa kauorang buat, bila jumpa orang yang kauorang tak kenal then dia senyum kat kauorang?
Give the cutest smile back hahaha.

8 - Adakah anda berpendapat bahawa Bahasa Inggeris itu tidak cool dan siapa yang cakap / tulis Bahasa Inggeris ni sangat bajet dan perasan?
Tak setuju. Bahasa Inggeris itu juga salah satu medan bahasa dalam dunia ni. Kenapa tidak gunakan nya sedangkan bahasa itu adalah ilmu? Kalau hendak mempertahankan Bahasa Melayu sekali pun, pastikan lah dulu bahasa tu betul. Bahasa jugak tidak mencerminkan seseorang itu bajet atau perasan. Hai macam mana lah Malaysia nak maju kalau macam ni. Hahaha. P/s readers... Aku tak kata yg aku ni bagus. Kalau kau nak kata aku ni bagus jugak, terima kasih lah hahahaha.

9 - Selalunya kauorang guna bahasa apa? I mean, dalam penulisan / percakapan?
Bahasa Melayu. Rojak Melayu. Bahasa Inggeris. Rojak Inggeris. Bahasa Arab dalam solat ecehhh.

10 - Prefer mum or dad? Yang mana lebih rapat dengan kauorang?
Both. Sayang dua-dua. Ibu bapa ibarat bahu kanan dan bahu kiri. Tiada satu tak sempurnalah hidup guaaa.

11 - Nak belanja Nyna MCFLURRY OREO ke SPICY CHICKEN MCDELUXE? :P
Amboi. Em dua-dua ahhh. Hehe tapi nanti lah, tunggu aku kerja hahaha :p

OK DONE! TERIMA KASIH kepada Skyla Sams/ Nyna Kyla kerana tag aku :)
Aku tak tag sesiapaaaa. Kalau nak buat pun tak boleh lah. Sebab aku taktau nak tanya soalan macam mana. And tak buat soalan pun, macam mana kau nak jawab haha. OK tu je bye.

28 October 2011

Someone Someday

Hai Hai. Lets talk about...
hm EVIL. Oh oh I mean EVO. Em nope. LOVE hahaa -_- sakai sakai sakai.


Ninety-nine percents I agreed with this. Bukan nya apaa. Aku pernah mengalami sendiri "benda" ni. Sedikit sebanyak pengalaman lahh kiranya an... Bukan saja saja nak cari pengalaman lah wehhh. Tapi tapi. Entah, FATE MAYBE :)

Kepada kau kau yang tengah baca ni mesti pernah jugak kan falling in love. Now I cant seem to find myself. Oh I cant seem to ease my mind. Oh I think I'm falling I'm falling and I cant stop falling blablabla. Siapa layan lagu ni? hahahaa

Eh kkay sambung balik. About the FATE. Pada aku... Cinta itu datang daripada Tuhan. Alah macam lagu Radja Terus Terang hahaa. Meh aku nyanyi sikittt. Cinta datang dari Tuhan. woo o. Yang tak mungkin ku hindarkan. wooo o. Kerna aku manusia. Yang pastinyaa butuh cintaaaa. Kkayy stop.

Mood baik macam ni aaa hahahaa. Gelak gelak. Dah ah bye.

Btw. I have been in love once. And it didnt last. But for now.... Just hoping the best from Allah :) Someone might waiting for me XOXO

18 October 2011

Deja Vu

Hai. Assalamualaikum. Jawab jawab. Hari ini mari kita bercakap tentang "Deja Vu". Deja Vu Deja Vu Deja Vu -.-

Kau tau apa itu deja vu? Deja Vu berasal dari bahasa Perancis yang membawa maksud pernah melihat. Hah faham? Tak faham lah tu. Maksudnya, seseorang mengalami suatu pengalaman yang dirasa pernah dialami olehnya sebelum ini. Apa ayat aku ni? OK OK Mari menjadikannya lebih mudah. Maksudnya, deja vu itu suatu perasaan kita dan rasa macam benda itu pernah berlaku sebelum ini. Haaaaaaaaa faham faham? pandai pandai. kalau tak faham lagi blah lah kau.

Mesti di antara kita pernah mengalami deja vu ni kan? Aku tulis pasal ni pun sebab.......

Aku baru tau rupa-rupanya nama "benda" ni dipanggil Deja Vu. Okayy tu je byee

16 October 2011

Hai. Assalamualaikum.

Aku nak cerita pasal kem KRS lah apa lagi. Tak ramai pun tau yg aku pergi kem tu. Aku pun taktau nak cerita kat siapa pasal kepergian aku ke kem tu. So kem tu start hari Jumaat lepas, 14 October sampailah ke hari ini 16 October. Kem tu kat SMKS7 Shah Alam. Jauh wehhh. Aku pergi bertemankan diri aku sendiri je. Entah kenapa aku terlalu yakin untuk pergi seorang diri sedangkan yg lain tarik diri ~_~

Dengan muka tak malu duduklah seorang diri masa mula-mula datang. Lepas tu senyum sana senyum sini huehue kat perempuan je ok aku senyum. Dah lah datang tak bawak khemah. Buatlah muka tembok je. And aku dgn Hani*nama nak dekat je an haha mmg nama dia ok* first volunteer yg nak kongsi khemah dgn orang yg ada khemah lah. Nama dia Ain. Tapi dia datang kejap je, lepas tu kena balik. Lepas tu ada lagi yg join kitorang nya khemah. Nadiah dgn Fatin kot nama diorang hahaha aku pun lupa. So malam-malam aku di sana bertemankan kawan-kawan yg baik belaka :S

First day biasa-biasa je. Second day kitorang gerak Bukit Cerakah. Huahuahua berjalan kaki kononnya 1km je dari sekolah tu, Tuan Hamidi lah yg cakap. Sekali 3.6km daaaa. Punya lah berjalan. Nasib aku mmg jalan je, takde jog jog. Kat sana ada ikhtiar hidup, kawat kaki, dan pandu arah & alam sekitar. Quite okayy lah walaupun kitorang kena buli dgn helpers -.- Malam tu pulak ada malam kebudayaan. Hahahahaha. Sangat lah memalukan group aku. Tak nak cerita :S Nasib still dapat hamper hehe tempat kedua daripada dua kumpulan perempuan. Ok lah an? hahaaa

Banyak lah jugak pengalaman yg aku dapat. Sempat jugak tengok kursus kenaikan pangkat sarjan/staf sarjan kat sana. Tegas gilaaaa. Tapi pelik jugak, mcm mana lah diorang boleh wakil sekolah pergi kursus tu tapi kawat asas pun mcm erkkkkk. Hahaha jahatnya aku. Tapi kalau aku pergi pun, aku mana ingat lagu KRS, tali temali lah, gadget lah..... Huhhh.... Eh aku punya jiran sekolah, SS dapat seorang staf sarjan seorang sarjan. Tepuk sikittttt pap pap pap. Tahniah tahniah. Balik aku tumpang SS, cikgu dia siap belanja ABC ewah.

Hm tu je lah nak cerita. Cerita banyak-banyak pun aku je yg syok sendiri :S

Mood: rindu sama si diaaaaaaaaaaaaaa. the one who mmuahh mmuahh me at the camp oh great :) *dia itu seorang perempuan ok. nama tidak dinyatakan dalam petikan di atas. oh rahsia. haha btw I'm still straight -.-

01 October 2011

Hai Hai! Boleh lagi an aku online.
This year oh not this year actually, esok lusa je...
PMR weh.

Oh come on. Why I'm still here doing nothing.
Hah hah gedik.
Apa lah aku mengarut ni.

PMR 2011,
4 orang dalam family aku yang akan ambik.
Wah hebat hebat. 1996, 4 orang sekali beranak hahaha -.-

Kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat berjaya kepada semua calon PMR!
Terutama sekali, saudara mara aku lah, Abd Akif, Amirah Amir dan Syahmi. Huhu good luck korang :p

Kepada rakan-rakan seperjuangan oh yeah, yang berada di Tingkatan 3Ibnu Sina, 3Al-Farabi, ex-classmate aku, 6Utarid dulu dulu oh rindunya. Ain, Aina, Madi, Aqilah, Ieka, Qila Zain, Fathiah, Suhaila, Rai, Fifi, Izzah, Hilman, Danial, Syairiey Selamat berjaya semuaaaaaaa :D

Oh oh. Minta maaf juga atas segala kesalahan aku selama ni. Hehe >.<

07 September 2011


Getting to Form4. Ahh.
Eh gedik, PMR pun tak lepas -_-

So so so. Semua result memang dah dapat. Alhamdulillah. Tapi this time tak ada pulak dapat mimpi moon(not Munira Khalid haha) ok serious. So berbaloi lah usaha aku. Tapi to stop sampai sini je tak mungkin lah. Terlalu jauh lagi perjalanan yang akan aku lalui.

Apa apa pun. Good Luck for all PMR's and SPM's candidates.
Huhhhh less than 30days left. Tak tidur malam lah....

30 August 2011


Excited main bunga api >.<

Salam Aidilfitri kepada rakan blogger.
Rakan-rakan yang mengenali diri ini.
Tak lupa sanak saudara yang berada di sana sini.

Maaf kan segala kesilapan tata bicara ye.
Terima kasih kepada sesiapa yang text text aku malam raya pagi raya hari raya. 
Ha terima kasih. Tapi maaf tak boleh cekk nak reply.

Apa apa pun. 
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

17 August 2011


Trial. Good luck.

Ok bye. Nak baca buku.

Eh jap. Trial ni aku kena duduk depan sekali. Whattaaaaa....

Jangan jadikan alasan sebagai jawapan. Oh?

Doakan yang terbaik untuk semua.

Terima kasih.

For those who wants to wish me Good Luck. Oh perasan.

Terima kasih terima kasih.

Selamat berpuasa dan berbuka.

Tak sabar nak raya?

Sabar lah ye.

Baju aku tahun ni warna krim.

Kau ada?

Huahua gedik.

Sehubungan dengan ini,

aku minta maaf kalau ada buat dosa.

Manusia.

Terutama yang telah aku ter-ngumpat dan ter-cakap cakap tu.

Maaf lah ye.

Terima kasih.

*Lepas trial insyaAllah, aku update result :S

07 August 2011


‘Erti persahabatan’-Itu yang sedang bermain dalam kantung pemikiranku sejak dari tadi,seawal pagi, dalam mencari idea untuk entriku kali ini.Orang kata “Kita adalah dengan siapa kita bersahabat”.Satu ungkapan yang jika diberi tafsiran kasar tidak memberi impak yang besar tetapi jika ditafsir dengan kias dan secara mendalam mampu memberi satu terjemahan yang menyeluruh tentang perjalanan kehidupan kita yang bergelar insan dan saling memerlukan.

Sahabat adalah antara pengaruh terbesar dalam mencorakkan diri kita. Kitar hidup kita berputar di sekeliling mereka.Kesalahan dalam memilih sahabat mampu merosakkan dan memporak-perandakan hidup. Ini jelas terbukti dengan kebejatan moral muda-mudi masa kini yang bergaul bebas dengan sahabat-sahabat yang ‘tidak sihat’. Ini semua bertitik tolak dari salahnya memilih sahabat.

Bagiku,asas utama persahabatan harus bersendikan keikhlasan dan kejujuran,bukan berpaksikan duit,harta,pangkat dan nama semata-mata,namun itulah hakikatnya kita pada zaman ini,zaman sukar untuk mencari yang benar-benar benar,kerana kita sering dikelirukan dengan kepalsuan pada topeng kepura-puraan.

Ramai yang bertanya mengapa aku nampaknya seperti kurang sahabat dan jika ada sekalipun tiada yang benar-benar rapat,lazimnya hanya berbasa basi bertanya khabar berita dan perkembangan semasa.Jawapanku:Aku berkawan dengan semua.Aku tidak memusuhi sesiapa.Aku dididik untuk menghormati semua dan tidak mengecilkan sesiapa.Kualiti sentiasa mengatasi kuantiti.Jika ditanya berapa ramai sahabat kita,hampir pasti jawapan spontan“Ramai” akan terpacul pada bibir,namun jika ditanya soalan yang sama sekali lagi dalam intonasi berbeda yang lebih serius,waktu itu kita akan mula berfikir,mengira dan percayalah,yang “Ramai” itu akan jadi “Tidak Ramai” sebenarnya.


08 July 2011

Empty day. Badly behaved. But this is who I am. Nobody said you have to like it. Loser :p


23 June 2011

Pheww what a tired day.

Setelah sekian lama makan tidur belajar makan tidur belajar tadi baru lah merasa semula penat lelah berlari. 100m final, tapi kalah huahuahua. Tu lah padahnya.

Tahniah kepada yang menang yang kalah jom sambung tidur lagi. Penat-penat je lari :p

And tadi Md Alimuddin & Haton Harisun datang ke stadium untuk menyaksikan anak-anak mereka membazirkan masa dengan berlari. Walaupun dahulu kalanya Haton Harisun merupakan atlet kebanggaan sekolahnya, beliau kadang-kadang tidak menyokong jika anak-anaknya menyertai larian atau apa-apa saja yang mewakili sekolah untuk blablabla. The fact!

Sorry bah! Gambar terpotong kepala sikit >.<

Ps: Md Alimuddin ada memberikan komen kepada Muzaffar tadi. He said, haa tuu boleh masuk tentera. Badan dia tough. Hikhik.

18 June 2011

Alhamdulillah Ahamdulillah Alhamdulillah.

Selesai sudah Mid-Year Exam. Coming soon, Trial PMR and PMR!
Syukur sangat-sangat dengan result yang aku dapat. Even though aku tak target pun nak dapat macam ni, tapi alhamdulillah :D

Segala kesusahan keperitan aku jawab time exam tu, Allah je yang tau. Kau tau? Tak lah tu. Time exam hari tu aku bocokk ye. Sungguh memalukan. Habis satu baju belakang kena. Thanks to my beloved friends yang ada dan sentiasa menolong aku tak kira senang atau susah >.<

Semalam selesai dapat semua result for all 9 subjects yg aku ambik. Pheww. Cukup-cukup makan pun jadilah ye.

Sebelum bukak sekolah, iaitu hari last cuti. Ahad lah kan? kuang3. Aku dapat mimpi sebenarnya. Mimpi tu pelik. Aku mimpi bulan mengambang penuh and really nice memandangkan malam-malam pun aku selalu menjenguk ke luar tingkap melihat bintang-bintang di sebalik malam. Tapi mimpi aku tu mcm takde bintang, ada bulan mengambang.


So, dengan rajinnya meng-search di google, and I found this.
"Mimpi tentang bulan memiliki banyak arti. Sebagai contoh, apabila kita bermimpi melihat bulan purnama, maka usaha atau pekerjaan berjalan dengan baik dan kita dikasihi orang agung."

Alhamdulillah. Kiranya segala usaha aku ok lah ye :p

01 June 2011


Bismillahirahmanirahim..

Haaa kau terkejut baca bismilah? Bukan apa, hari ni ada beberapa pertikaian sedikit mengenai makanan yang diragui status halalnya. Tapi aku tak. Selagi aku yakin, aku makan. And aku akan buktikan!

So begini ceritanya.. Tadi time break, singgah pergi 7-E. Aini nak belanja. Tak tau nak beli apa. Then aku ni dah lama tak makan Chipster, so aku dgn Sab dan dan Jiqa dan Hidayah membuat keputusan nak beli Chipster tu. Maklumlah. Sedap nikmat rasanya. Lebih-lebih lagi perisa hot & spicy <3


Tiba-tiba Hidayah kata, Adriana tak bagi makan Chipster tu. Aku pelik. Why???? Sedangkan, terang-terang tertulis logo halal yang disahkan oleh Jakim sendiri. And tu kan produk Malaysia??? Kenapa nak ikut sangat kod kod apa tu? Ok, aku tak salahkan kod tu, ikut korang lah nak percaya atau tak, aku tak menafikan benda tu. 

Memang betul certain kod tu boleh pakai, but not in Malaysia products I think. Dan mmg certain kod tu ada yg halal ada yang boleh jadi haram. Contoh:

E312, Dodecyl Gallate. Digunakan sebagai antioxidant (cooking oil).
  • Halal if saturated fatty acid, palmitic acid, is obtained from plant
  • Haram if palmitic acid is obtained from pork fat
Sumber: Halal Haram: A Guide 

Okay seeeeeeeeeeeeeee! Tak semestinya kod tu betul-betul haram rite? Bagi aku, kalau dah ada cop Jakim tu, insyaAllah HALAL. Tak puas hati lagi? Ok, tadi aku dah search kat JAKIM. Kau nak tau tak?


Seeeeeeeeeeeeeeeeee! Tak percaya lagi? Kau search lah sendiri :p

This is for twisties status
And cadbury status.


Bukan niat aku nak jatuhkan sesiapa pasal benda ni. Cuma manusia. Wujud kan perasaan tak puas hati? So, aku pun memang tak puas hati, kenapa nak pertikaikan pulak halal haram Chipster ni? Tapi memang terang-terang halal, disahkan oleh Jakim sendiri, tak kan Jakim nak tipu pulak? Ok, sekarang aku rasa macam dah menang. Betul tak Sab? Haha ok tak. Ini cuma lah kebenaran yang ingin aku kongsikan bersama-sama dengan korang. Harap semua faham dan akan berhati-hati dengan makanan yang korang makan tu.

Yang paling penting! Kalau korang was-was lebih baik jangan beli or makan. Kes aku ni, aku yakin gile gile gile!!!!! Ok tu je. Penat lah menaip.

Assalamualaikum...

29 May 2011


GLORY IS BLAUGRANA!


Barca belasah ManU 3-1 rite?
Walaupun aku tidak mempunyai kelengkapan sistem Astro di rumah, Youtube sentiasa ada di sisi wahahaa. Okay, so tadi aku dah tengok highlights.
Obvious sangat Barca lagi hebat. Gol ManU serious offside. And last gol, David Villa damn great gile gile gile!

So, tahniah peminat Barca (aku tak) and tak lupa takziah peminat setia Manchester United ---> Ahmad Aqil and Badrul Hisyam khasnya wahahaha!

Okay tu je. Ops esok sekolahhh! Damn malas gile gile..

27 May 2011


Merdeka! Perkataan yg dirancang utk dilaungkan oleh satu kelas selepas last paper, Sejarah tapi entah tak menjadi pulak.

Ok sekarang mid-year exam dah habis. Start cuti sekolah. Oh nikmat nikmat.
Tapi kurang sedikit nikmat apabila sekolah dengan rajinnya membuat kelas tambahan atau KEM AKADEMIK(???) Tapi takpe... Aku redha untuk datang mencari ilmu. Cewahh

Nak cerita sikit ni. Pengalaman semasa exam... Cecite cecite.. Sabor sabor.
Isnin lepas kertas Sains. Sains2 baru Sains1. Alahh macam biasa. Entah macam mana Sabtu Ahad tu aku mcm tak study je Sains. Konon bajet gedik minah pandai. Then tiba masa menjawab mula lah.. Menyesal nyaaaaaaaaa Ya Allah! Bodoh bangang nya aku time tu. Balik rumah pun dok complain kat adik-adik aku (macam biasa) psl Sains. Depa pun kata Sains diorang susah. Ish ish ish.

Malam tu. Dan sejak seminggu ni terus terang aku tak boleh tidur disebabkan Sains tuu!!! Aku akan mengambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk melupakan Sains tu sebelum tidur! Contoh aku nak tidur dah ni. Pukul 11.30. Lepas tu Sains tetiba datang kat pikiran ni. Tak boleh tidur. Pukul 12 macam tu baru boleh tidur -.-


Tapi sekarang? Alhamdulillah. Aku dah tau apa result aku. Syukur syukur haha~ Ceteka ceteka berapa? Muahahaa Alhamdulillah :D

17 May 2011


EXAMINATION MODE


All pictures above I did, so I have to get A. Oh yeah~

11 May 2011

Ehem. My another blog has been deleted/removed. Thank you.
Btw, aku ada tumblr okay...



Follow lah follow lah!!!!!!!
Okay bye, nampak sangat desperate... Opsss...

06 March 2011